EkonomiNasional

Pertumbuhan KDNKK antara yang terbaik di Asia Tenggara – Ismail Sabri

Keharmonian dalam negara hasil perpaduan dan toleransi antara pelbagai kaum telah membantu kerajaan mengemudi pemulihan dan pembangunan ekonomi Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Justeru, beliau berkata keharmonian ini perlu terus dinikmati rakyat sebagai satu keluarga besar melalui konsep (Keluarga Malaysia) yang diperkenalkan beliau selepas menerajui kerajaan.

“Dengan keharmonian yang kita nikmati sekarang, kita dapat melihat ekonomi bertambah baik berbanding sebelum ini, dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.9 peratus pada suku kedua, yang merupakan yang terbaik di Asia Tenggara.

“Kadar inflasi negara juga mencatatkan penurunan kepada 4.5 peratus, lebih baik daripada beberapa negara lain,” katanya ketika berucap pada perhimpunan Keluarga Malaysia Parlimen Bera di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Triang 2 di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata rakyat Malaysia, khususnya ahli perniagaan, sudah tentu mahukan kestabilan politik dan keamanan di negara ini supaya mereka boleh menjalankan perniagaan dengan baik.

Dalam ucapannya, Ismail Sabri berkongsi bagaimana konsep Keluarga Malaysia diilhamkan oleh keharmonian dan perpaduan yang kukuh dalam kalangan penduduk tempatan di Bera sejak beliau menjadi Ahli Parlimen mereka.

“Terdapat toleransi di kalangan kami, dan kami saling memahami dan tidak membenarkan perbezaan budaya menjadi penghalang untuk menyatukan kami sebagai sebuah keluarga besar. Saya seronok bersama dalam suasana keluarga seperti ini.

“Dan itulah sebabnya, apabila saya menjadi Perdana Menteri, saya membawa idea ini dari Bera dan menukarnya daripada Keluarga Bera kepada Keluarga Malaysia kerana apa yang penting bagi kita dalam sebuah negara berbilang kaum ialah keharmonian,” katanya.

(Visited 412 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button