Hiburan

Selepas dakwa diri dianiaya, Wani Comel kini alami jantung bengkak

PERSONALITI media sosial, Wani Comel sebelum ini telah dimasukkan ke hospital selepas membuat sidang akhbar berkenaan dakwaan dirinya dianiaya sebelum ini disahkan mempunyai sakit di bahagian jantung.

Menurut Wani, dia memberitahu keputusan diagnosis mendapati terdapat jangkita kuman di bahagian paru-parunya.

“Hari ini selepas malkukan pemeriksaan lanjut di Hospital Putrajaya, saya didapati menghadapi komplikasi jantung bengkak dan diminta untuk melakukan rawatan susulan berkenaan komplikasi tersebut ke hospital pakar seterusnya.

“Buat masa ini saya dibenarkan pulang, sementara menunggu untuk rawatan susulan pakar berkaitan jantung ini,” katanya.

Sebelum ini, sebelum ini mendakwa dirinya dianiaya oleh seorang usahawan kosmetik mengambil keputusan untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurut Wani atau nama sebenarnya, Nurul Airawani Nazira, dia memberitahu terdapat banyak pihak yang sering mengganggu hidupnya dengan pelbagai kata-kata kesat.

Malah, gadis berusia 23 tahun itu juga mendakwa ada yang mendoakannya supaya mati. -SM

(Visited 538 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button