Nasional

Impak Covid-19, bina ketahanan ekonomi – Tok Mat

IMPAK pandemik Koronavirus (Covid-19) sepatutnya dijadikan teladan atau pengajaran oleh kerajaan terutama dari sudut ekonomi yang terkesan secara global.

Malah, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menyifatkan krisis kesihatan itu sebagai terburuk sejak Perang Dunia Kedua.

Selain itu, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) turut mengisytiharkan dunia kini memasuki era ‘global recession’ (kegawatan global).

[BACA] Pakej Rangsangan Ekonomi: Apa rakyat bakal nikmati mulai hari ini — Suara Merdeka
[BACA] Ringgit dijangka meningkat semula — Suara Merdeka

Hal demikian diakui Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyatakan rakyat Malaysia perlu berhadapan dengan kelaziman yang baharu (the new normal).

Menurut beliau, tuntutan ekonomi sekarang tidak lagi boleh diukur seperti dahulu yang berteraskan ‘status quo’ dan bertujuan kebolehsaingan serta berpendapatan tinggi.

“Pertama, Malaysia mesti bersedia untuk melakukan ‘a total reset’ dalam memastikan kelestarian ekonomi dan pembangunannya.

“Sekarang keutamaan kita ialah membangun ketahanan ekonomi (economic resilience). Bongkar potensi modenisasi ekonomi tradisional dan sektor pertumbuhan untuk kelangsungannya,” katanya dalam Instagram baru-baru ini.

[BACA] Kerajaan digesa benarkan rakyat Malaysia kembali bekerja – Suara Merdeka

Tambah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu, anjakan paradigma perlu dilakukan diluar kelaziman dan pendekatan yang berbeza.

“Sekarang, kita mesti kembali kepada pemulihan dan ketahanan yang lestari. Semua ini memerlukan inovasi, pemikiran luar kelaziman, dan pendekatan ekonomi yang luar biasa.

“Kita telah beranjak ke kelaziman baru yang asing dan kita mesti segera menyesuaikan diri kita,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mohamad turut menyaranakn kerajaan supaya membina negara yang mampu mengatasi pelbagai ancaman termasuklah Covid-19.

EKONOMI
RAKYAT Malaysia perlu bersedia menghadapi impak ekonomi pasca Covid-19 yang berubah segenap aspek termasuk ‘the new normal’. – Gambar BLOOMBERG

Katanya, selain ekonomi, inovasi terhadap segenap aspek lain seperti pendidikan dan kesihatan perlu dilaksanakan. Tidak lagi bergantung kepada pendekatan ‘ad-hoc’.

“Apabila sekolah terpaksa ditutup dan bagaimana kita tidak boleh beranjak ke ‘online mode’ dengan pantas dan segera.
“Akhirnya banyak sekali masa pembelajaran yang terbuang dan gagal dimanfaatkan.

“Kita mesti secara serius membangunkan kefahaman dan kesiapsagaan kita menghadapi ancaman bukan tradisional terhadap keselamatan negara.

[BACA] Tangguh sesi persekolahan hingga Covid-19 pulih 100% — Suara Merdeka
[BACA] COVID-19: Mulakan projek solar atas empangan untuk wujudkan pekerjaan, saran Najib — Suara Merdeka

“Pandemik, serangan siber, bencana alam, dan pelbagai lagi krisis yang mengancam kemanusiaan adalah ancaman nyata,” katanya. – SM

(Visited 122 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button