Bola SepakSukan

Selepas belasah Chelsea, Sheffield United sasar kejuaran Eropah

SHEFFIELD United kini semakin bersemangat untuk memburu tempat pada kejuaraan Eropah selepas kemenangan yang menyakinkan dengan membalasah Chelsea 3-0.

Bagi Chelsea kekalahan itu meletakkan mereka dalam keadaan sukar untuk layak ke pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Eropah.

Pasukan bimbingan Chris Wilder kini melonjak ke tangga keenam dengan The Blues pula kekal di tempat ketiga liga.

Namun, Leicester yang memiliki 59 mata dan Manchester United dengan 58 masih memiliki satu perlawanan dalam tangan yang dalam sekelip mata boleh meranapkam impian Chelsea.

“Ini persembahan yang sangat baik daripada kami – kami semakin hampir kepada pencapaian maksimum. Para pemain begitu menghayati permainan mereka – semangat pasukan sangat hebat,” kata Wilder.

Wilder membawa masuk David McGoldrick sebagai satu-satunya perubahan yang dilakukan selepas kemenangan ke atas Wolve, dan ia menjadi hari yang cukup diingati oleh penyerang itu di mana pada usia 32 tahun dia mencipta gol pertama dalam liga perdana, dan menamatkan perlawanan dengan satu lagi gol.

“Saya harap banyak lagi (gol) akan muncul. Ini satu pencapaian. Memulakan kerjaya pada usia 16 dan saya menjadikan impian bermain di liga perdana satu kenyataan, sekarang saya mencapai satu lagi impian – menjaringkan gol,” kata McGoldrick

Lampard mengakui Shefield tampil lebih baik daripada Chelsea dan mereka perlu memperkukuh pasukan segera jika mahu memastikan tempat untuk Liga Juara-Juara.

Pada mulanya Chelsea tampil dengan permainan menarik. Roos Barkley, Mason Mount, Reece James, Jorginho dan Cesar Azpilicueta mengawal bola dengan cemerlang memaksa tuan rumah bertahan.

Kekecewaan Chelsea bermula apabila tendangan Oli McBurnie terkena Barkley dan James membuatkan Kepa Arrizabalaga tersalah langkah tetapi masih berjaya menepis, namun McGoldrick menunggu untuk menolak bola masuk ke gawang.

Chelsea terus hilang rentak Sheffield pula menunjukkan mereka bagaimana penyudahan yang baik dengan gol kedua.

Enda Steven menampilkan permainan satu dua dengan Ben Osbon, melakukan hantaran silan di mana McBurnie menanduk melepasi Arrizabalaga.

Gol ketiga muncul melalui Lys Mousset yang diberikan ruang untuk melakukan lorongan dari arah kanan untuk membolehkan McGoldrick menjaringkan gol kedua dalam kerjayanya. – TheGuardian

(Visited 119 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button