Auto TravelEkonomi

KLIA antara 9 lapangan terbang terbaik dunia

Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pula ketiga terbaik di dunia dalam satu kategori lain

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi lapangan terbang kesembilam terbaik di dunia dari segi kualiti perkhidmatan pada suku pertama tahun ini bagi kategori lebih 40 juta penumpang satahun (mppa). Dalam kaji selidik Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) Global, KLIA merekodkan skor 4.99 daripada 5.00.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) Datuk Mohd. Shukrie Mohd Salleh berkata, selain KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) juga diangkat sebagai lapangan terbang ketiga terbaik dunia bagi kategori 2 hingga 5 (mppa) dengan mencatatkan skor 4.97 dariapada 5.00 menurut kaji selidik ASQ pada tempoh yang sama.

Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi

“Walaupun mengalami penguncupan ketara trafik penumpang namun kami tidak cepat berpuas hati dalam usaha memastikan perkhidmatan dan kemudahan kami berada pada tahp yang baik. Hasil memberangsangkan daripada usaha komuniti lapangan terbang KLIA dan LGK dalam melaksanakan langkah keselamatan dan memberikan perkhidmatan luar biasa ketika norma perjalanan baharu pastinya akan membantu memulihkan keyakinan penumpang.” katanya lagi.

Selain itu pelan penambahbaikan turut dilaksanakan terutama dalam memastikan kesediaan lapangan terbang apabila trafik penumpang kembali meningkat kelak. Bulan lalu kira-kira 2 juta pergerakkan penumpang direkodkan di lapangan-lapangan terbang Malaysia. Ini termasuk 630,000 penumpang bagi rangkaian lapangan terbang tempatan. – SM

(Visited 679 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button