Nasional

Naib Canselor UniMAP dahului 70 penerima anugerah Raja Perlis

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menganugerahkan Darjah Setia Mahkota Perlis (S.M.P.) kepada Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Leftenan Kolonel Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli sempena Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis Kali Ketiga bagi tahun ini sempena Sambutan Hari Ulangtahun baginda yang ke-79 pada 17 Mei 2022 yang lalu di Balairongseri Istana Arau pada pagi tadi.

Berangkat sama ialah Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah bt Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Turut berangkat, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Zaliman mengetuai seramai 70 orang penerima anugerah masing-masing pada sesi hari ini.

Penganugerahan kepada Zaliman tersebut berkebetulan dengan kejayaan UniMAP baru-baru ini yang telah berjaya diiktiraf oleh sistem pemeringkatan Times Higher Education (THE) sejak tiga tahun yang lepas. THE mengukur prestasi universiti dalam lima kriteria utama iaitu Pengajaran, Penyelidikan, Sitasi, Pendapatan daripada Industri, dan Pengantarabangsaan, melalui tiga penilaian iaitu THE World University Rankings, THE Asia University Rankings, dan THE Impact Rankings.

Dalam keputusan terkini THE World University Rankings 2022, UniMAP berada pada kedudukan 1001-1200 dunia, dengan peningkatan skor daripada tahun sebelumnya.

Bagi THE Asia University Rankings 2022 pula, UniMAP berada pada kedudukan 301-350, menunjukkan peningkatan skor dan peningkatan kedudukan satu anak tangga daripada tahun lepas.

Untuk THE Impact Rankings 2022 pula, UniMAP telah menunjukkan peningkatan skor yang memberangsangkan, dan peningkatan kedudukan daripada 1001+ pada tahun sebelumnya kepada kedudukan 401-600.

Secara keseluruhannya, UniMAP telah menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam THE dan diharapkan universiti ini akan terus cemerlang.

(Visited 841 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button