Mahkamah

Selebriti Neelofa, suami tidak mengaku salah langgar SOP

Selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd. Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail mengaku tidak bersalah atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kedua-dua mereka tiba di Kompleks Mahkamah Seremban, Seremban 2 pada pukul 8.30 pagi bagi berdepan dua pertuduhan gagal mematuhi SOP PKPB.

Pasangan suami isteri itu tiba dengan menaiki sebuah kereta BMW berwarna biru.

Kedua-duanya dituduh dituduh di bawah Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Hukuman bagi setiap pertuduhan adalah denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.


Pada 4 Mei lalu, Neelofa dan Muhammad Haris dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi memberi keterangan selama empat jam berkaitan penularan gambar dan video mereka berada di sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada 2 Mei 2021.

Turut diambil keterangan ialah pemilik premis serta pembantu kedai karpet tersebut.-SM

(Visited 68 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button