Nasional

Selangor tidak tolak ‘total lock down’ – MB

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan negeri tersebut tidak menolak pelaksanaan Perintah Larangan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh atau lockdown.

Bagaimanapun Amiruddin berkata, beberapa perkara perlu dilihat sebarang pelaksanaan PKP menyeluruh dikuatkuaskan di Selangor.

Katanya, Kerajaan Negeri secara konsisten termasuk dalam kenyataan semalam dan beberapa hari lalu bahawa kuasa untuk mengumumkan PKP menyeluruh adalah terletak dalam bidang kuasa Majlis Keselamatan Negara diketuai Perdana Menteri.

“Keutamaan Selangor adalah menjaga kesihatan dan kehidupan masyrakat. Menjaga nyawa akan menjadi keutamaan. Kerajaan Negeri akan menerima PKP penuh dengan harapan ia dilihat secara holistik.

“Dari segi melihat kehidupan lain seperti mereka yang terpinggir, kesihatan mental, keadaan sosial dan sebagainya yang kita pelajari dengan cukup besar pada PKP yang pertama.

“Kita perlu jernihkan perkara ini supaya ada beberapa langkah dibuat seperti pelaksanaan skim pembelajaran di rumah yang cekap dan menyeluruh, bantuan kewangan yang langsung kepada kelompok B40, SOP yang jelas dan tidak berbolak-balik serta mempunyai pelan keluar yang tidak terburu-buru,” katanya.

Beliau mengulas laporan media hari ini kononnya Selangor menolak pelaksanaan PKP penuh di negeri tersebut.

Laporan media tersebut berasaskan sidang media yang dilakukan oleh Exco Kesihatan Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud dan Pengerusi Pasukan Petugas Khas Menangani Covid-19 Selangor (STFC), Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad hari ini.

“Saya baru berhubung dengan Dr. Dzulkifli tadi, rata-rata menyebut Selangor menolak PKP penuh. Saya rasa laporan itu separa tepat, bahawa disebutkan keseluruhan aspek perlu diteliti dengan menyeluruh.

“Terutama kita dapat menyeimbangkan dan memastikan kehidupan masyarakat dapat berjalan dengan baik dan aspek kemampuan kita untuk menanggung dan bersedia berdepan dengan segala kesan-kesan yang lahir daripada PKP 1.0 dahulu.

“Kita tolak atau tidak tolak akhirnya keputusan itu akan ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Keselamatan Negara tetapi kita konsisten daripada awal apabila saya dapati kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. Dzulkifli dan Dr. Mariah tadi menjelaskan bahawa lock down itu harus diikuti dengan beberapa langkah-langkah susulan yang berkesan,” tegas beliau.-SM

 

 

(Visited 270 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button