Nasional

lelaki pengsan, cedera motosikal terbabas ditendang peragut

SEORANG lelaki berhadapan detik cemas dikejar peragut yang berakhirnya dengan mangsa pengsan dan cedera apabila motosikal terbabas ditendang penjenayah tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian berlaku di Jalan Sungai Lokan, Seri Pinang, Butterworth, semalam ketika mangsa menunggang motosikal bersendirian dalam perjalanan ke tempat kerja pada pukul 6.20 pagi.

Mangsa kemudiannya dihampiri dua peragut lelaki yang turut menaiki sebuah motosikal.

Menyedari diekori mengsa bertindak memecut motosikalnya namun penjenayah itu bertindak mengejarnya.

“Suspek mengejar mangsa kira-kira 100 meter dan menghimpit mangsa supaya mangsa memberhentikan motosikalnya tetapi mangsa tidak mempedulikannya sehingga mangsa terasa motosikalnya ditendang dari belakang lalu menyebabkan mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri kerana pengsan.

“Apabila mangsa sedar dari pengsan dia mendapati beg galas miliknya mengandungi telefon bimbit, sejumlah wang, jam tangan dan dokumen peribadi hilang dipercayai dilarikan dua peragut terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mangsa yang pengsan disedarkan oleh orang awam yang melihatnya terbaring di atas jalan sebelum menghantar pulang ke rumahnya di Permatang Sintok, Kepala Batas.

“Dalam kejadian itu, mangsa turut mengalami kecederaan dan luka pada beberapa bahagian badan yang mana dia kemudian dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk mendapatkan bantuan lanjut,” katanya. – SM

(Visited 310 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button