Politik

Keputusan Ismail Sabri tidak wajibkan kuarantin adalah salah

KEPUTUSAN Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk tidak mewajibkan keperluan kuarantin kepada rakyat Malaysia dari Sabah pulang ke Semenanjung dan Sarawak selepas bertugas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah salah.

Ahli Parlimen PKR (Lembah Pantai) Fahmi Fadzil berkata, jangkitan Covid-19 terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri adalah bukti paling kukuh keputusan Ismail Sabri adalah keputusan yang tidak berasaskan bukti, tidak berasaskan sains perubatan dan tidak betul.

“Ianya adalah keputusan yang salah. Malah saya berpandangan bahawa keputusan membenarkan mereka yang pulang dari Sabah mulai 27 September dan saringan negatif di KLIA, KLIA2 untuk potong gelang pink juga adalah keputusan yang tidak berasaskan fakta sains perubatan, dan tidak betul,” kata Ismail Sabri.

Semalam Zulkifli yang menjaga hal ehwal agama disahkan Covid-19 selepas beberapa hari pulang dari Sabah.

Pada 12 September lalu, Ismail Sabri menafikan khabar angin berkaitan keperluan kuarantin wajib kepada rakyat Malaysia dari Sabah pulang ke Semenanjung dan Sarawak selepas bertugas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Katanya, ia adalah maklumat palsu dan tegasnya dia sendiri akan umumkan hal itu jika benar.

“Itu berita palsu. Tidak ada konon-kononnya saya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatakan bahawa yang balik daripada Sabah ke Semenanjung akan di kuarantin. Tidak betul dan pergerakan dari Sabah ke Semenanjung masih bebas seperti dahulu,” katanya.

Pada 13 September Ahli Parlimen DAP (Seputeh) Teresa Kok pula dilaporkan mempersoalkan apakah kerajaan Perikatan Nasional (PN) cuba menghalang pengundi Sabah yang berada Semenanjung untuk pulang mengundi pada pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang.

Ini selepas Menteri Kesihatan Dr Adham Baba semalam berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneliti keperluan mengenakan kuarantin wajib terhadap mereka yang pulang ke Semenanjung selepas urusan PRN selesai.

“Saya amat prihatin terhadap kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kesihatan Dr Adham Baba bahawa Kementerian Kesihatan mengenakan kuarantin wajib terhadap mereka yang pulang ke Semenanjung dari Sabah selepas menjalankan urusan pilihanraya negeri Sabah.

“Walaupun kenyataan ini kemudian dinafikan oleh Menteri Kanan Ismail Sabri, tetapi ia telah membangkitkan persoalan sama ada kerajaan PN ingin menggunakan wabak Covid-19 sebagai alasan untuk menghalang pengundi Sabah untuk membuang undi di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan dari Sandakan.-SM

 

(Visited 146 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button