Nasional

Perdana Menteri Anwar Ibrahim saman fitnah Muhyiddin Yassin

BEKAS Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disaman hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memfitnah pemimpin Kerajaan Perpaduan itu.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu memaklumkan dalam kenyataannya di Facebook lebih kurang dua jam lalu, beliau telah menerima writ dan pernyataan tuntutan saman fitnah daripada peguam Anwar.

“Oleh kerana Datuk Seri Anwar telah memilih untuk membawa perkara ini ke mahkamah maka saya telah menyerahkan kepada peguam saya untuk mengendalikan kes ini mengikut lunas undang-undang ,” kata Ahli Parlimen Pagoh itu dalam catatannya di Facebook.

Terdahulu, Anwar menyaman Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berhubung dakwaannya bahawa Anwar menerima RM15 juta daripada kerajaan Selangor semasa berkhidmat sebagai penasihat ekonominya.

Saman fitnah difailkan oleh peguam cara SN Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi pihak perdana menteri itu untuk menuntut ganti rugi am, pampasan, teruk dan teladan daripada Muhyiddin yang dinamakan sebagai defendan. –  SM

(Visited 144 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button