Politik

‘Selangor sangat sukar’ – Pakar

ANALISIS

PENGANALISIS politik berpendapat pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menguasai negeri Selangor hari ini berada dalam kedudukan yang sukar digugat.

Prof. Dr. Sivamurugan Pandian menyifatkan keadaan itu disebabkan oleh dua faktor.

Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) | Twitter

“Selangor tidak mudah… Ia banyak bergantung kepada seramai mana yang mahu mengikut Datuk Seri Azmin Ali dalam membuat keputusan mereka.

“Jika kita lihat, itu tidak mudah berbanding dengan apa yang berlaku di Negeri Sembilan dan Sabah baru-baru ini.

“Kalau berlaku pun ada faktor dalaman menyebabkan kenapa keputusan itu diambil, di samping tahap sokongan tersebut,” katanya.

Beliau menambah, penyokong parti politik juga boleh dibahagikan kepada dua kelompok iaitu kelompok yang setia tegar.

Kelompok kedua, ujar Dr. Sivamurugan ialah yang berubah-ubah. Kalau keluar, tambah Dr. Sivamurugan, mereka juga boleh kembali semula ke dalam parti (parti asal).

Kata Dr. Sivamurugan lagi, jika sesebuah kerajaan negeri itu ditadbir dan dilihat berjalan dengan baik maka tiada sebab untuk bertukar kepada pentadbiran lain.

“Perikatan Nasional (PN) harus memberi tumpuan kepada pengukuhan pentadbiran.

“Jika Selangor roboh, BN akan roboh dengan sendirinya supaya tidak nampak persepsi buruk terhadap pemimpin PN dan makanya keadaan ini seharusnya tidak berlaku,” tegas beliau.

Gelombang Kick: Senarai 9 GLC Bakal Bungkus, Betul Ke Diwujudkan ...

Dalam perkembangan lain, Dr. Sivamurugan turut mengulas mengenai pelantikan politik yang mengetuai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negara ini selepas PN mengambil alih pentadbiran negara.

Menurut Dr. Sivamurugan, individu yang dilantik itu harus menyaring diri mereka sendiri supaya dilihat bersih dan tidak berpolitik.

“Saya rasakan mereka yang dilantik harus menyaring dahulu diri mereka supaya dapat membezakan apakah lantikan itu berkepentingan politik.

“Ini perlu agar sesuatu pelantikan itu tidak memberi impak negatif bukan sahaja kepada mereka yang dilantik tetapi juga kepada kepemimpinan yang melantik mereka.

“Jadi, itu dibalas supaya tidak mencerminkan persepi buruk kepada kesemua yang terlibat,” kata Dr. Sivamurugan kepada HASIF IDRIS.  – SM

(Visited 838 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button