Politik

Selangor perlu contohi PM beri peruntukan tanpa kira parti

KERAJAAN Negeri Selangor perlu mencontohi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi peruntukan RM300,000 kepada semua ahli Parlimen tanpa mengira parti politik dalam membantu rakyat.

Timbalan Pemuda Perikatan Nasional Selangor Asyraf Halim berkata, Kerajaan Negeri Selangor perlu memberi perutukan kepada semua Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) tanpa mengira parti bagi supaya mereka dapat memabntu rakyat di kawasan masing-masing.

Asyraf dalam satu kenyataan berkata, Selangor pada waktu ini menjadi penyumbang kes Covid-19 terbesar di Malaysia berikutaan kesan daripada ujian besar-besaran yang dilakukan di negeri itu.

“Selihat senario hari ini, menteri besar Selangor haruslah berbesar hati dan proaktif dalam membantu rakyat negeri Selangor yang sememangnya terkesan dengan pandemik dan “lockdown” yang terpaksa dijalankan bagi membendung penularan.

“Kerajaan negeri Selangor haruslah mencontohi Perdana Menteri kita dengan memberi bantuan kepada semua ADUN tanpa mengira parti agar mereka dapat membantu rakyat kawasan mereka.

“Tidak wajar sebagai ahli politik hanya menuding jari dan hanya melihat Salah kerajaan pusat. Rakyat kini amat memerlukan semua jenis bantuan dan perhatian sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu Asyraf berterima kasih kepada Muhyiddin kerana mewujudkan program Bakul Prihatin Negara.

Melalui program itu, semua ahli parlimen tanpa mengira parti menerima peruntukan RM300,000 untuk menyediakan program bakul makanan yang akan diuruskan oleh pejabat ahli parlimen masing-masing.

“Ini adalah satu lagi bukti Perdana Menteri kita yang sangat prihatin pada rakyat.

“Pelaksanaan bantuan tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM5 juta daripada kerajaan manakala RM 16 juta adalah sumbangan dari syarikat swasta yang mampu menyediakan 420,000 bakul makanan.

“Sehingga kini kerajaan telah memberi 2.3 juta bakul makanan bernilai RM 173 juta di bawah Program Bakul Makanan Fasa 1, bakul makanan NADMA, Pakej PERMAI, Pakej PEMERKASA dan Pakej PEMULIH,” katanya.-SM

 

 

(Visited 121 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button