Berita

Selangor, KL bukan PKP, tetapi sekatan jalan raya masih ada

SETIAP pagi kesesakan teruk berlaku di kawasan sekatan jalan raya walaupun Selangor dan Kuala Lumpur bukan lagi diletakkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Di sesetengah kawasan plaza tol, walaupun tiada sekatan jalan raya, tetapi kon-kon tidak diubah menghalang kelancaran lalu lintas.

Ketika waktu puncak kesesakan deretan kenderaan boleh mencapai sehingga 5 kilometer.

Sedangkan Selangor dan Kuala Lumpur atau Lembah Klang kini berada di fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di mana pergerakan merentas daerah dibenarkan.

Selain itu sukar untuk menghalang orang ramai bergerak merentas Selangor dan Kuala Lumpur, kerana kebanyakan orang tinggal di Selangor tetapi bekerja di Kuala Lumpur.

Oleh itu pihak berkuasa perlu menimbangkan semula meneruskan sekatan jalan raya di kedua-dua negeri itu, bagi mengelakkan kesesakan yang buruk setiap hari.

Perkara itu turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh yang mahukan pihak berkuasa mempertimbangkan pemberhentian pemeriksaan sekatan jalan (road block) di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

“Bukan PKP lagi. Trafik sesak sekali, semua nak ke sekolah dan kerja. Juga membahayakan polis bertugas kerana tak mampu check semua kereta,” kata Hannah.

(Visited 343 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button