Nasional

Selangor catat kes Covid-19 harian tertinggi

SELANGOR hari ini mencatat jangkitan Covid-19 tertinggi iaitu 1,996 kes berbanding negeri-negeri lain seperti mana yang tertera di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) petang ini.

Sarawak mencatat kes kedua tertinggi dengan jumlah 718 diikuti Kuala Lumpur, 650 kes.

Negeri Sembilan dan Johor, masing-masing mencatat 396 dan 366 kes jangkitan baharu hari ini manakala Kedah mencatat 252 kes berbanding Sabah, 230.

Perlis hanya ada satu kes jangkitan sahaja manakala Putrajaya mencatat kes jangkitan Covid-19 yang rendah hari ini iaitu lima kes.

Manakala kes baharu yang dicatat ialah sebanyak 5,419 kes dengan jumlah keseluruhan kes Covid-19, 667,876.

Kerajaan sedang berusaha untuk memastikan kes Covid-19 di negara dapat diturunkan walaupun secara berperingkat-peringkat.

Justeru orang ramai diseru agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). – SM

(Visited 66 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button