Nasional

Budak darjah tiga, ibu bapa tular bawa kereta ditahan

BUDAK darjah tiga yang tular pagi tadi kerana memandu kereta jenis Proton Saga telah ditahan dirumahnya hari ini.
Difahamkan, kanak-kanak tersebut bersama ibu bapanya telah dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau untuk diambil keterangan berhubung kes tersebut.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Anuar Bakri Abdul Salam berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berdasarkan video yang tular itu.

Kita juga mengambil tindakan saman di bawah Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana membenarkan kenderaan dipandu oleh pemandu di bawah umur.

“Satu kertas siasatan juga telah dibuka di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan pengabaian terhadap kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pagi tadi, tular satu video yang memaparkan kanak-kanak tersebut ditahan seorang lelaki.
Di dalam video tersebut, kanak-kanak yang menggunakan dialek Negeri Sembilan itu memberitahu kereta yang dipandunya adalah milik bapanya.
Malah, kanak-kanak itu turut memberitahu dia boleh memandu kereta tersebut selepas diajar bapanya.
Polis kemudian mengeluarkan kenyataan untuk mengesan ibu bapa kanak-kanak tersebut sebelum tular sekeping lagi gambar yang menunjukkan polis sudah berada di rumah kanak-kanak itu. -SM
(Visited 392 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button