Hiburan

Perbalahan dengan Ebit Lew, Neelofa minta pengesahan Caprice kenapa kaitkan nama ibunya

SELEBRITI, Neelofa memberitahu yang menghubungi Caprice untuk meminta pengesahan mengapa nama ibunya dikaitkan dengan perselisihan diantara penyanyi itu bersama pendakwah, Ebit Lew.

Neelofa berkata demikian menerusi komen sewaktu Ebit membuat siaran langsung di media sosialnya bagi menjawab segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya berkenaan misi bantuannya ke Gaza, Palestin.

“Ibu saya tiada kena mengena dengan cerita Caprice dan ustaz. Saya akan hubungi Caprice kenapa kaitkan nama orang yang tidak terlibat.

“Ini tidak betul. Saya minta jangan kaitkan benda yang tidak berasas,” kata Neelofa.

Menerusi siaran langsung itu, Ebit juga berkata adalah lebih baik Neelofa bertanya sendiri kepada Caprice kerana dia cuma mengungkapkan mesej yang dimuat naik oleh Caprice di laman sosial penyanyi itu.

Sebelum itu, Caprice memberitahu yang Ebit sebelum ini ada merancang dan menyediakan kertas kerja untuk ke Gaza bersama dengannya dan Neelofa serta suaminya.

Jelas Caprice, kertas kerja itu telah dilarikan dan hanya nama Ebit sahaja yang dibawa berjumpa menteri untuk ke Gaza, Palestin.

Namun, perkara itu dinafikan oleh Ebit yang memberitahu dia langsung tidak berbincang dengan sesiapa pun berkenaan dengan ke Gaza, Palestin.

“Saya pun sudah lama tidak berjumpa dengan Neelofa. Kali terakhir rasanya adalah sewaktu program Meletop,” katanya. -SM

(Visited 440 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button