NasionalPolitik

Ahli Dewan Negara, kakitangan disahkan positif Covid-19

Beberapa ahli Dewan Negara telah disahkan positif Covid-19. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu beberapa kakitangan kepada ahli Dewan Negara terbabit turut dijangkiti virus tersebut.

“Patut tidak uar-uarkan, beberapa kakitangan Dewan Negara telah disahkan positif Cobid-19, ada ahli Dewan Negara kemungkinan positif, ada kaitan keluarga.

“Itu perkembangan yang membimbangkan kita, sila dapatkan penjelasan daripada ketua whip masing-masing berhubung tempoh masa persidangan. Tidak ada persidangan sebelah petang,” kata Takiyuddin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalah Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin  dalam Dewan Rakyat semasa memaklumkan sesi persidangan Parlimen hari ini ditamatkan pukul 1 tengah hari nanti.

Takiyuddin berkata, keputusan untuk memendekkan sesi Dewan Rakyat telah dibincangkan dengan ketua whip parti masing-masing dan telah mendapat persetujuan mereka.

Tze Tzin sebelum itu membantah pengumuman yang dibuat oleh Takiyuddin yang mahu memendekkan sesi Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen PKR itu berkata, beliau tidak nampak sebarang rasional mengapa Takiyuddin mahu memendekkan sesi Dewan Rakyat.

Tegas Tze Tzin, urusan ahli Parlimen untuk membincangkan hal-hal rakyat di Dewan Rakyat akan terjejas sekiranya sesi Dewan Rakyat dihadkan sehingga pukul 1 tengah hari sahaja.

“Masa bersidang dipendekkan hingga 1 tengah hari. Dipendekan, maka akan terjejas urusan ahli Parlimen. Saya tidak nampak rasional masa dipendekkan. Covid-19 tidak bercuti,” kata Tze Tzin.-SM

 

(Visited 255 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button