Jenayah

37 titik pendaratan PATI di Sabah – Hamzah Zainudin

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengenal pasti 37 titik pendaratan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah membabitkan 10 daerah di negeri itu, kata Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, titik pendaratan PATI itu dikenal pasti dalam Op Benteng COVID-19 yang diaktifkan di Sabah pada 21 Mac lepas.

Kesemua titik pendaratan itu membabitkan 11 kawasan di Sandakan; Lahad Datu (lima); masing-masing empat kawasan di Tawau, Kudat dan Beluran; Kunak (tiga); dua kawasan di Kota Marudu dan Kinabatangan; serta satu kawasan di Semporna dan Pitas.

“Operasi berkenaan dilaksanakan secara bersepadu dalam ‘National Task Force’ pada April lepas bersama agensi lain diketuai Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

“Ia bertujuan menyekat kemasukan PATI dengan memperkukuh kawalan sempadan negara bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan.

“Kawalan sempadan ini dilakukan di dua tempat iaitu di sempadan daratan – lorong tikus dan lokasi-lokasi lain yang menjadi tempat pendaratan PATI,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Pusat Tahanan Sementara (PTS) Manggatal, hari ini. – BERNAMA

(Visited 245 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button