Nasional

Selamat Ulang Tahun Dr. Ahmad Zahid-Khalifah dalam kabilah

PEJAM celik, pejam celik, begitu pantas masa berlalu. Hari ini genaplah dua tahun Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyandang jawatan sebagai peneraju parti terbesar dalam kalangan orang Melayu di negara ini.

Dr. Ahmad Zahid sepanjang tempoh sebagai Presiden UMNO, pemerhati politik melihat dari luar, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu diberi mandat dalam keadaan yang sukar.

Masakan tidak, rasionalnya keadaan dan kedudukan parti tidak menentu selepas kegagalan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum lalu, PRU-14.

Dalam parti pula, Dr. Ahmad Zahid menggalas tanggungjawab yang diamanahkan oleh ahli-ahli dalam UMNO sebagai Khalifah dan beliau mengatasi dua orang pencabarnya, Tengku Razaleigh Hamzah dan ‘the tall, dark and handsome’, Khairy Jamaluddin.

Ku Li dan KJ juga bersaing untuk menjawat jawatan sebagai Presiden parti semasa Pemilihan UMNO tahun 2018 dan mereka perlu terima bahawa Dr. Ahmad Zahid yang menjadi pilihan ahli-ahli parti.

Berdirinya Dr. Ahmad Zahid sebagai Presiden UMNO umpama berhadapan dengan harimau dalam Dewan Rakyat kerana UMNO menjadi parti pembangkang.

Tanggal 18 November 2019 adalah detik yang menggemparkan rakyat negara ini apabila Dr. Ahmad Zahid yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri atau second person in command dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dr. Ahmad Zahid berhadapan dengan 47 pertuduhan membabitkan dana Yayasan Akal Budi yang mana, yayasan tersebut, beliaulah Pengerusinya.

Selain itu, pihak pendakwaan turut menyabitkan Dr. Ahmad Zahid dengan 27 pertuduhan penggubahan wang haram.

Pertuduhan ini membabitkan Dr. Ahmad Zahid dalam transaksi secara langsung, pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.

Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

‘Rekod’ tercipta apabila Presiden UMNO ini turut berhadapan dengan 40 pertuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat berhubung dengan Sistem Visa Luar Negara (VLN), menjadikan total pertuduhan yang diletakkan terhadap Dr. Ahmad Zahid ialah 87 pertuduhan.

Kata orang seberang, ini bukan caleng-caleng punya pertuduhan. 87 dan kira-kira 72 orang saksi pendakwaan ditampilkan oleh pihak pendakwa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di hadapan Hakim bersidang, Collin Lawrence Sequerah.

Dr. Ahmad Zahid seorang pemain politik yang matang. Justeru apabila beliau merasakan bahang dalam parti ekoran tindakan beberapa Ahli Parlimen dalam UMNO bertindak keluar parti, beliau tetap ‘steady’.

Memang ada ketika Dr. Ahmad Zahid akur dengan desakan ahli-ahli yang mahu beliau ‘berehat’ sementara dan pada 20 Disember, dua tahun lepas, tugas Dr. Ahmad Zahid dipangku oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Desakan yang dilakukan terhadap Dr. Ahmad Zahid – the cool man – ini khabarnya bersangkut paut dengan ada segelintir pihak yang mahu cuba menyingkirkan Dr. Ahmad Zahid daripada parti.

Khabar-khabar angin itu terhenti begitu sahaja apabila tempoh bertenang Dr. Ahmad Zahid berakhir dan beliau kembali menjalankan tugas-tugas hakikinya sebagai Presiden parti, sebagai Khalifah genap dua tahun pada hari ini, 30 Jun 2019.

Kata Dr. Ahmad Zahid, “Kerajaan Melayu tanpa Islam boleh diketepikan oleh bangsa-bangsa lain. UMNO kena bersatu. Tidak boleh macam-macam kabilah!” – SM

(Visited 136 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button