Agama

Selamat Tinggal Bumi Nabi – Haji Mohd Yusri Luah Rasa Hiba Tinggalkan Madinah

MADINAH, 5 Julai 2025 – Suasana syahdu menyelubungi hati Haji Mohd Yusri bin Haji Yusop apabila tiba hari terakhir beliau menjejakkan kaki di Kota Madinah bagi Musim Haji 2025. Selepas 38 hari berada di Tanah Suci, beliau melahirkan rasa sedih dan hiba untuk meninggalkan bumi penuh barakah itu.

“Semoga Allah yang Maha Esa menjemput saya lagi sebagai Tetamu Allah dan Baginda Nabi,” katanya dalam satu kenyataan ringkas sebelum berlepas pulang ke tanah air.

Sepanjang berada di Tanah Suci, pelbagai kenangan manis tercipta buat beliau dan jemaah lain dari rombongan Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi Penerbangan KT 95B. Penerbangan mereka dijadualkan berlepas pada pagi ini waktu Arab Saudi.

Beliau turut menzahirkan rasa syukur atas kelancaran ibadah dan pengurusan sepanjang musim haji ini, dan berharap diberi kesempatan kembali ke Tanah Suci pada musim akan datang.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button