Rencah Hidup

“Selamat Tinggal 2021 Yang Sungguh Perit & Derita, Sesungguhnya Kau Nikmat Allah” – Netizen

Lagi beberapa hari kita bakal meninggalkan tahun 2021 yang sungguh perit dan banyak memberi derita pada jiwa-jiwa manusia pada luarannya.

Namun jika didalami seikhlas mungkin, ini juga adalah nikmat Allah yang langsung tidak boleh didustakan kerana dunia ini Allah yang punya.

Kita siapa untuk marah dan persoalkan itu dan ini kerana tolonglah sedar bahawa kita cuma hamba yang diminta untuk beribadah kepadanya.

Tiada banyak perkara yang boleh ditulis kerana hati ini sebenarnya redha dengan ketentuan Ilahi akan perkara-perkara yang menimpa Malaysia.

Ada yang kata bala dan ujian namun penulis beranggapan ini adalah salah satu nikmat yang harus dijalani setiap hambanya tanpa kompromi.

Akhir zaman semakin hampir, cepat atau lambat sahaja namun sebagai hamba Allah dan pecinta Nabi Muhammad SAW, kekalkan jiwa dengan Islam!

(Visited 307 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button