Nasional

Selamat tahun baharu: Moga negara terus aman makmur

SAYA yakin dengan ketentuan Ilahi meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai nakhoda Malaysia kerana doa kita dimakbulkan mahukan sebuah negara aman dan makmur.

Perkembangan itu mengakhiri kacau bilau yang menyelubungi negara sejak Anwar dipecat dari UMNO dan ditangkap pada tahun 1998.

Kekacauan itu berpunca daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan perdana menteri ketika itu gagal membaca sentimen sebenar.

Mahathir menyangkakan tindakan beliau terhadap Anwar tidak akan menimbulkan masalah yang besar.

Ini adalah kerana rata-rata mereka yang ditanya ketika itu berpendapat Anwar kelihatan kuat kerana diberi kuasa oleh Mahathir.

Ternyata telahan itu meleset sama sekali, Anwar telah berjaya menggerakkan massa pada kadar yang tidak pernah dilihat di negara ini.

Bahkan perjuangan itu berterusan puluhan tahun, walaupun Anwar berapa pusingan merengkuk di dalam penjara.

Jadi tidak hairan di luar negara Anwar dianggap sama tahap dengan Ghandi.

Selagi Anwar tidak menjadi perdana menteri akan ada saja mereka yang akan mengibar panji perjuangan itu, sama ada isteri, anak, cucu, mahupun rakan karib beliau.

Akhirnya gelembung itu yang menyelubungi negara pecah. Selepas ini tiada lagi kisah penganiayaan Anwar. Kerajaan selepas ini akan lebih mudah bergerak kerana fasa gelap itu sudah berakhir.

Saya juga yakin Anwar berjaya memacu negara ini ke tahap lebih baik kerana berdasarkan fakta bahawa beliau kini mempunyai sokongan dua pertiga ahli parlimen.

Selain itu dari segi kewangan Anwar bernasib baik kerajaan sumber kewangan utama negara iaitu industri petroleum adalah dalam keadaan baik.

Anwar juga mempunyai sokongan padu kaum Cina yang menguasai ekonomi negara kerana di belakang beliau ialah parti DAP.

Anwar juga mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin dunia dan ini satu bonus serta meletakkan negara dalam situasi terbaik.

Selamat Tahun Baharu

 

 

(Visited 329 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button