fbpx
Nasional

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai – Muhyiddin

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  hari ini mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada kepada rakyat di Sabah dan Sarawak.

Beliau berharap kedua-dua perayaan itu akan menjadi medan untuk mengeratkan lagi perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini dan cerminan kepada keharmonian beragama di Malaysia.

“Sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai tahun ini tentunya disambut dalam suasana berbeza kerana kita masih berjuang menentang penularan pandemik COVID-19.

“Namun, saya harap situasi itu tidak menghalang kita daripada berhubung sesama ahli keluarga dan sahabat handai untuk menyatakan kegembiraan menyambut perayaan ini,” katanya melalui catatan media sosialnya hari ini.


Esok, masyarakat Kadazandusun di Sabah akan menyambut Pesta Kaamatan manakala dua hari kemudian komuniti Dayak di Sarawak meraikan Hari Gawai.

Perayaan itu disambut sebagai tanda kesyukuran selepas berakhir musim menuai.

Sementara itu,  Muhyiddin berkata beliau dimaklumkan ada acara sambutan Pesta Kaamatan yang akan dianjurkan secara dalam talian dan ini amat dialu-alukan supaya tradisi kesyukuran tetap dapat diteruskan dalam ‘normal baharu’ masyarakat Malaysia.

“Semoga perayaan ini terus menyemarakkan keharmonian antara kaum di Malaysia dan memperkukuhkan perpaduan sesama kita,” katanya. – BERNAMA

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button