Politik

Selamat maju jaya Datuk Seri Presiden – Annuar Musa

TAN Sri Annuar Musa yang dipecat daripada jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional tidak mahu memberi sebarang komen berhubung tindakan tersebut.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu berkata, beliau akan menjadikan waktu ini sebagai tempoh bertenang.

“Ramai yang minta komen. Saya tiada apa komen buat masa ini. Tempoh bertenang,” kata Annuar di Twitternya.

Beliau turut berkongsi keratan perbualan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melalui WhatsApp.

Dalam perbualan itu Annuar mengucapkan selamat maju jaya kepada Ahmad Zahid.

Selain itu dia turut mengucapkan terima kasih kerana Ahmad Zahid memberi peluang menjawat jawatan tersebut.

“Datuk Seri Presiden. Saya diberitahu oleh media, saya dipecat seangai Setiausaha Barisan Nasional dan Setiausaha Muafakat Nasional/

“Saya ucapkan ribuan terima kasih atas kesempatan berkhidmat di kedua-dua jawatan tersebut sebelum ini. Selamat maju jaya Datuk Seri Presiden. Salam hormat,” kata Annuar.

Menteri Wilayah Persekutuan itu digugurkan daripada jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional hari ini.

Annuar yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Ketereh dilantik ke jawatan tersebut pada 16 Mac lalu akan digantikan oleh Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga Setiausaha Agung UMNO.

Annuar dilantik ke jawatan tersebut pada Mac lalu menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor-SM

 

(Visited 951 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button