Rencah Hidup

Perjalanan ke destinasi: Apa perlu anda tahu

Gerak Malaysia bermula hari ini

BERMULA hari ini sehingga Ahad, orang ramai yang terkandas di Kuala Lumpur atau pun di negeri-negeri lain ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Kebenaran ini diberikan melalui pergerakan Gerak Malaysia dan setiap mereka yang ingin melakukan perjalanan, perlu mendaftar dan mendapatkan kelulusan melalui pergerakan Gerak Malaysia.

Bagi anda yang akan memulakan perjalanan, berikut disenaraikan beberapa peringatan sebagai panduan dan jangan lupa, semua gerai di kawasan-kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya ini, tidak beroperasi.

TARIKH PERJALANAN

7 Mei –  Dari Kuala Lumpur ke negeri-negeri lain di Semenanjung.

8 Mei – Dari Perak, Johor dan Kelantan ke negeri-negeri lain di Semenanjung.

9 Mei – Dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang.

10 Mei – Dari Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu

KAWASAN REHAT DAN RAWAT LEBUH RAYA (R&R)

– Tidak dibenar keluar dari kenderaan kecuali untuk menggunakan tandas.

– Tandas awam dibuka tetapi orang ramai dinasihat mengamalkan jarak sosial iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

– Tiada sebarang kemudahan jual beli makanan.

– Pengguna dinasihat membawa bekal makanan.

– Surau juga ditutup.

STESEN MINYAK

– Hanya beroperasi dari pukul 6 pagi sehingga 12 tengah malam.

TOL

– Tambah nilai Touch n’ Go menerusi jurutol adalah dilarang.

– Pastikan baki kad Touch n’ Go mencukupi sebelum memasuki lebuh raya.

– Tambah nilai boleh dilakukan di stesen minyak, mesin ATM dan kedai serbaneka seperti 7-Eleven.

Selamat pulang ke destinasi, pandu dengan cermat dan berhemah, pastikan amalan penjarakan sosial, kerap cuci tangan, guna hand sanitizer dan pakai topeng muka. – ASTRO AWANI

(Visited 317 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button