Rencah Hidup

Selain Gajah, Simbol Calon Bebas Untuk Bertanding Yang Ke-30 Agak Melucukan!

Tidak dinafikan ramai pengundi muda mula mengenal simbol gajah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu disebabkan aura magis Diva AA atau nama sebenarnya, Mohamed Azwan Ali.

Ya.. beliau merupakan adik kepada Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali walaupun laporan media sering mewartakan mereka adalah adik-beradik yang tidak sehaluan.

Namun untuk entri kali ini, bukanlah cerita keluarga Ali yang ingin dikongsikan sebaliknya penulis lebih berminat untuk berkongsi simbol-simbol yang boleh digunakan oleh calon bebas.

Untuk apa? Sudah semestinya untuk mana-mana Pilihan Raya Umum (PRU) sama ada yang lalu atau pada masa akan datang jika ada mana-mana individu yang ingin bertanding secara bebas.


Jika menang tetapi tipis pun tidak mengapa.. akan ada pihak yang menawarkan untuk sertai parti mereka bagi mengukuhkan kedudukan serta kerusi yang dipertandingkan dan kisah ini sentiasa berulang.

Selain Gajah, Simbol Apa Lagi Yang Ada?

Berdasarkan sumber dari laman Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, terdapat 30 simbol yang dibenarkan untuk kegunaan calon-calon bebas ini.

Selain gajah, ada juga simbol-simbol seperti arnab, beg, baju, cawan, cerek, traktor, cangkul, gelas, ikan, kerusi, kereta, kapal terbang dan sebagainya.

Melihat pada kesemua simbol ini, tertanya-tanya juga bagaimana elemen sebegini dipilih dan untuk sesuatu pemilihan, pasti ada sebabnya.

Jika ditanya penulis, simbol yang terakhir atau yang ke-30 rasa-rasanya seperti boleh dielakkan jika tidak mahu menerima serangan yang ganas dari wargamaya.

Bukan apa.. risau ada antara mereka yang nakal membuka laman Dewan Bahasa Dan Pustaka sekali gus menangkap layar bagaimana pemikiran si calon bebas tersebut.

Tiada kata secantik bahasa namun kata-kata lebih tajam daripada pedang yang mampu menghunus sehingga sakit lalu mati walaupun tiada darah atau perperangan yang berlaku!

 

(Visited 232 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button