Nasional

Mengapa zalimi anak-anak bangsa dijadikan mangsa keadaan-Kamarudin

ISU membabitkan penarikan balik lesen pemilik bengkel motosikal yang didapati bersalah ‘melayan’ permintaan pelanggan yang mengubah suai ‘jentera’ milik mereka untuk merempit dikatakan menganiaya golongan mekanik bawahan.

Ada yang berpendapat, tindakan itu agak terlalu ekstrem dan bukan pemilik bengkel motosikal yang merempit di atas jalan raya.

Ketua Aktivis Pengangkutan Darat Malaysia merangkap Yang diPertua Gabungan Teksi Malaysia (GTM) Kamarudin Mohd. Hussain berkata, beliau merasa terpanggil untuk memberi kenyataan berhubung isu pengubah suaian kenderaan motosikal.

“Saya ingin mempersoalkan kenapa hanya pemilik-pemilik kenderaan khususnya anak-anak muda yang berdarah muda sahaja yang dikenakan tindakan undang-undang kerana mengubah suai kenderaan motosikal mereka sedangkan pembekal dibebaskan begitu sahaja?,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamarudin berkata, pemilik-pemilik kenderaan motosikal khususnya anak-anak muda tidak mungkin dapat mengubah suai kenderaan mereka jika kerajaan tidak membenarkan pihak-pihak taikun membawa masuk alat ganti tersebut ke dalam negara.

“Oleh itu, jika benar kerajaan ingin menyelesaikan isu ini, adalah lebih baik kerajaan memainkan peranan utama mereka mengharamkan kemasukkan alat-alat ganti pengubah suaian dan bukannya menzalimi rakyat sendiri,” kata Kamarudin dalam kenyataan yang sama.

Katanya lagi, jangan hanya tahu menghukum tetapi dalam masa yang sama kerajaan yang bertanggungjawab membenarkan alat-alat ganti pengubah suaian dibawa masuk kendalam negara dijual kepada rakyat. – SM

(Visited 514 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button