Hiburan

Selagi Dasar Stesen TV Tidak Berubah, Penonton Terus Dihidangkan Dengan Instafamous!

Tidak dinafikan hari ini penonton lebih disajikan dengan imej-imej pelakon lelaki mahu pun wanita yang datangnya dari kelompok instafamous.

Ada sahaja jumlah pengikut yang tinggi, merekalah akan diberi keutamaan untuk berlakon sekali gus mengetepikan muka lama yang lebih berbakat.

Selain berbakat, komitmen yang tinggi juga diperlukan namun perkara ini menjadi masalah kepada produser yang masih aktif berkarya.

Berikut adalah luahan hati seorang produser tempatan, Mohd Noor Kadir berkenaan isu tersebut :

28/4/21..David Teo belanja berbuka puasa di Alexis Bistro,Menara Great Eastern.Kami bersembang dari jam 7 hingga 10.15 mlm.Beliau byk mengadu tentang artis2″demand”yg bkn saja letak harga yg bukan2 tp juga masalah penggambaran kerana jadual artis2 tersebut yg padat pasal tangkap 2,3&4″job”secara serentak.Kdg2,kena”break shooting”akibat artis2″instafamous”tahap dewa ini masih sangkut dilokasi lain.Ini blm ambil kira masa org lain yg menunggu,harga makan minum,logistik,sewa lokasi dll yg dah dibayar,semuanya melibatkan kos yg tinggi.Bg menampung bayaran utk artis2 ini,bayaran utk tenaga kerja yg lain2,semuanya terpaksa dicatu.

Katanya lg,ramai penerbit amat tertekan dgn situasi semasa.Dia tanya,mcmana nak atasi masalah ini.Saya jwb,penerbit tak blh nak buat apa2 selagi stesen2 tv tidak ubah dasar dgn mengembalikan hak memilih penulis,pengarah,pelakon dsbnya kpd penerbit,sepertimana dizaman kegemilangan drama2 melayu suatu ketika dahulu.Skrg ini semuanya ditetapkan oleh stesen2 tv,penerbit2 cuma kena keluarkan duit sahaja.Hak berkarya,”yilek,pocik”.

Stesen tv pula,mungkin dipengaruhi sentimen pengiklan2 yg mahukan artis2″instafamous”utk lariskan produk iklanan mereka.Rasanya,teori ini dah basi kot.Rekod mutakhir telah membuktikan bahawa langganan supertele di Astro First seperti”Mael Totey,Syif Malam Raya,Penunggang Agama&18 Puasa DiKampong Pisang”yg menggunakan khidmat pelakon2 lama n tidak popular,semuanya mencatat kutipan tinggi(jutaan RM),sdgkan yg menggunakan artis2″instafamous”,semuanya GAGAL.Semoga dasar stesen2 tv sediada dpt diziarahi n dikaji semula.Sekian,terima kasih,salam Nuzul Al’Quran n selamat berpuasa.

Kredit : Mohd Noor Kadir

(Visited 220 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button