Uncategorized

Lembah Kelang beralih ke Fasa 2 PPN – PM

LEMBAH Kelang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan keputusan itu selepas lebih 80 peratus penduduk di Lembah Kelang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

“Syabas Lembah Klang kerana kadar vaksinasi cemerlang yang sudah mencapai lebih 80 peratus! Dengan ini saya berpendapat bahawa Lembah Klang sudah boleh beralih ke fasa seterusnya.

“Semua ini bakal diputuskan selepas saya berbincang melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 bersama barisan kabinet yang akan dipengerusikan saya nanti, InsyaAllah.

Once again I am so proud of everyone involved and this remarkable achievement,” kata Ismail Sabri.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sejumlah 6.836 juta atau 81.2 peratus keseluruh populasi di Lembah Kelang telah menerima satu dos vaksin.

Manakala 5.563 juta atau 66.1 peratus keseluruhan populasi di Lembah Kelang telah lengkap menerima dua dos vaksin.-SM

(Visited 933 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button