Bola SepakSukan

Dinesh perkukuh benteng pertahanan Red Giants

BEKAS pemain lincah Pahang, Dinesh Rajasingam kini sah menjadi ahli keluarga terbaru Red Giants bagi mengisi posisi pertahanan kiri.
Pengarah Teknikal Selangor, Michael Feichtenbeiner berkata, Dinesh merupakan pemain yang tepat untuk melangkapkan persediaan pasukan menjelang musim baru.
“Dinesh masih muda, namun, sudah mempunyai pengalaman yang luas bermain dalam saingan Liga Super. Saya yakin dia dapat membantu Selangor sebagai pemain pertahanan kiri atau sayap kiri dengan kemahiran yang dimilikinya.
“Kami bersyukur kerana kami memiliki seorang lagi pilihan pemain yang sesuai, selain Zikri Khalili untuk menampung kehilangan K. Prabakaran yang dilepaskan pada hujung musim lalu. Dia adalah pengganti yang terbaik,” kata Feichtenbeiner yang dipetik kenyataannya menerusi laman web Media Selangor FC.
Sementara itu, Dinesh pula melahirkan rasa terujanya diberi peluang menyarung jersi Merah Kuning.
“Saya amat teruja dan tak sabar untuk beraksi bersama pasukan Selangor pada musim hadapan.
“Saya akan cuba sedaya upaya dan belajar sebanyak mungkin daripada barisan jurulatih dan rakan sepasukan yang baharu,” kata pemain berusia 22 tahun itu.
Dinesh merupakan pemain ketiga yang diperkenalkan untuk membarisi skuad utama Selangor FC selepas Shahrel Fikri dan Tim Heubach diperkenalkan, minggu lalu.
Sedikit latar mengenai Dinesh, pemain yang dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur itu telah bergiat aktif dalam kancah bola sepak sejak di bangku sekolah lagi ketika dia masih menuntut di Sekolah Sukan Bukit Jalil dari tahun 2012 sehingga 2015.
Memiliki kepantasan dan teknik kawalan bola yang baik, Dinesh merupakan pemain tonggak utama skuad Bawah 16 Tahun kebangsaan pada 2013 di bawah kendalian S. Balachandran yang menjulang trofi pada Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) di Myanmar.
Untuk rekod, Dinesh merupakan salah seorang pemain yang berjaya membawa kemenangan tersebut setelah menjaringkan gol menerusi sepakan penalti sewaktu perlawanan akhir menentang Indonesia dengan keputusan 3-2.
Pemain pertahanan kiri itu telah memulakan karier profesionalnya bersama pasukan Pahang sejak 2016. Dinesh juga telah membuat penampilan sebanyak 16 perlawanan selama empat musim bersama skuad gergasi Pantai Timur tersebut. – SM

(Visited 273 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button