Nasional

PKP: Sektor komunikasi perlu mohon kebenaran beroperasi dari MCMC

SEKTOR telekomunikasi dan internet, penyiaran, pos dan kurier perlu mendapatkan surat kebenaran operasi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1.

SKMM berkata, pihaknya telah diberikan kuasa oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk mengeluarkan surat kebenaran beroperasi kepada para pemegang lesen dari MCMC yang dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu.

Menurutnya, hanya pemegang lesen di bawah sektor-sektor yang dikenal pasti sebagai perkhidmatan perlu boleh membuat permohonan kebenaran beroperasi dan pergerakan bagi pihak syarikat dan syarikat-syarikat vendor di dalam rantaian perkhidmatan mereka.

Senarai aktiviti-aktiviti yang dibenarkan seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah seperti jadual yang tertera di bawah:

Katanya, kebenaran bersyarat kepada pemegang lesen, memerlukan pemegang lesen bertanggungjawab terhadap rantaian perkhidmatan yang dipohon oleh pihak pemegang lesen.

Kebenaran bersyarat juga tertakluk kepada sebarang pindaan dan peraturan baharu yang dikeluarkan oleh Kerajaan.

Kebenaran akan terbatal sekiranya terdapat sebarang pelanggaran terhadap mana-mana peraturan yang ditetapkan.

Permohonan boleh dibuat menerusi e-mel: [email protected]. -SM

 

(Visited 388 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button