BeritaPendidikan

Sekolahku SEJAHTERA bentuk kemenjadian murid – Agong

Kerajaan akan terus mengukuh dan menyokong pembelajaran menerusi pembudayaan amalan dan nilai murni serta persekitaran sekolah yang selamat dan kondusif.

Justeru Yang di-Pertuan Agong bertitah baginda menyambut baik inisiatif Sekolahku SEJAHTERA untuk dilaksanakan ke arah membentuk kemenjadian murid.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah semua pihak sewajarnya menyokong usaha yang dilakukan demi untuk merapatkan jurang pembelajaran murid yang wujud akibat pandemik COVID-19. Jalinan kerjasama baik dan positif hendaklah terus
diwujudkan dan disokong bagi memberi pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada anak-anak kita.

Dalam pada itu baginda menyeru kerajaan dapat mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah neg diliputi hutan dan pokok-pokok melalui pelaksanaan amalan pengurusan hutan secara berkekalan.

Seri Paduka Baginda juga bertitah agar kawasan yang kawasan berpotensi untuk diiktiraf sebagai geopark hendaklah dikekalkan dan dipelihara.

“Perlindungan dan kelestarian alam sekitar mestilah diutamakan. Rakyat Beta hendaklah sentiasa cakna dan mengambil berat terhadap kepentingan dalam memastikan kebersihan dan keselamatan di kawasan persekitaran masing-masing,” titah Baginda.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-14 di Kuala Lumpur hari ini.

Titah Baginda, selaras dengan aspirasi untuk mencapai sasaran pelepasan karbon bersih sifar menjelang tahun 2050, strategi pertumbuhan hijau yang bakal dilaksanakan ialah penerima gunaan ekonomi kitaran, pembangunan rendah karbon serta pengukuhan tindakan daya tahan perubahan iklim dan bencana termasuk faktor geologi.

Sementara itu, Seri Paduka Baginda bertitah, kemerosotan alam sekitar dan fenomena perubahan iklim yang berlaku telah memberi ancaman kepada dunia dan kesejahteraan manusia.

Titah Baginda, bagi menghadapi ketidaktentuan pada masa hadapan, mekanisme pengurusan bencana hendaklah sentiasa ditambah baik dan turut melibatkan peranan dan tanggungjawab rentas sosial meliputi kerajaan, swasta, pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan sukarelawan terutamanya daripada kalangan belia serta rakyat jelata.

Seri Paduka Baginda turut bertitah, bagi tujuan itu, kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan hendaklah melaksanakan penyelarasan secara berterusan.

Pembangunan sistem amaran bencana berpusat dan peningkatan sistem saliran terutamanya di kawasan berpenduduk padat khususnya di lokasi yang berisiko tinggi berlakunya bencana hendaklah terus dipergiatkan.

“Langkah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang termasuk kesiapsiagaan infrastruktur tebatan banjir seperti yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat hendaklah segera dilaksanakan.

“Di samping itu, pelaksanaan kerja-kerja pembersihan awam dan penyenggaraan kemudahan tebatan banjir hendaklah dilakukan secara berkala,” titah Al-Sultan Abdullah

(Visited 473 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button