Nasional

Joli guna wang syarikat lebih setengah juta ringgit

SEORANG lelaki ditahan kerana melakukan jenayah pecah amanah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Berlian, Damansara Idaman, Petaling Jaya Selangor pada semalam.

Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan selepas menyalah gunakan duit syarikat hingga menyebabkan kerugian berjumlah RM621,543.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, kegiatan suspek sebelum ini tidak diketahui pengadu.

“Suspek dipercayai membuat beberapa traksaksi untuk kegunaan peribadi tanpa pengetahuan pengadu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, suspek telah dituduh di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistrer Petaling Jaya hari ini. – SM

(Visited 48 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button