NasionalPolitik

Hamzah Zainudddin isytihar GRS menang PRN Sabah

SETIAUSAHA Agung Pakatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengisytihar Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menang pilihan raya negeri (PRN) Sabah.

Ini setelah keputusan tidak rasmi setelah menunjukkan GRS berjaya meraih 37 daripada 73 kerusi.

Dalam pada itu, para pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan penyokongnya yang berkumpul di pusat operasi dalam keadaan ceria ketika mereka mendahului PRN Sabah.

PN bersama-sama PBS dan BN, yang membentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara tidak rasmi memenangi sejumlah 37 kerusi negeri daripada 73.

Skrin gergasi di situ menunjukkan Warisan memperoleh 19 kerusi.

Sekiranya keputusan ini disahkan, GRS memperoleh majoriti dewan undangan negeri Sabah.

Anggota dan penyokong PN dilihat menyanyi dan bersorak sambil melaungkan “GRS” dan “ubah balik”,

Turut hadir ialah Setiausaha Agung PN Hamzah Zainuddin, anggota Majlis Tertinggi Azmin Ali, Presiden Star Yong Teck Lee.

Meskipun GRS menyertai PRN sebagai gabungan, BN mengendalikan pusat operasi sendiri di ibu pejabat parti.-SM

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button