Nasional

Sekatan jalan raya di Kubang Pasu, Padang Terap tamat

TIADA lagi sekatan jalan raya di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (Temco) di empat mukim di Kedah iaitu di Kubang Pasu dan Padang Terap.

Ia ekoran Temco sudah ditarik sepenuhnya mulai hari ini.

Memetik laporan Harian Metro Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan mengesahkan perkara itu.

Sebelum ini sebanyak 10 sekatan jalan raya dilakukan di kawasan Kubang Pasu dan Padang Terap sejak 3 Ogos lalu selepas kluster Sivagangga dikesna merebak di Napoh dalam daerah Kubang Pasu hingga ke Padang Sanai di Padang Terap.

Sekatan dilakukan bagi mengelak sebarang aktiviti keluar masuk penduduk di kawasan Temco bagi mengelak penularan COVID-19.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD Temco di empat mukim di Kubang Pasu dan Padang Terap ditamatkan hari ini.

Keputusan itu dilakukan selepas mengambil kira tiada kes positif baru dan semua penduduk di kawasan berkenaan sudah menjalani saringan Covid-19 oleh petugas Kementerian Kesihatan.

Kementerian itu sudah menyaring seramai 1,397 penduduk di Kampung Sanglang dan Kampung Tanah Timbul serta lebih 7,000 penduduk di Kubang Pasu dan Padang Terap.

(Visited 229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button