Politik

UMNO bukan lagi sebuah parti keramat-Shahidan Kassim

BEKAS Menteri Besar yang kini merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, UMNO bukan lagi parti keramat sekiranya memilih untuk terus bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya akan datang.

Ahli Parlimen Arau itu juga berkata, UMNO juga kini bukan lagi menjadi parti utama sebaliknya berada pada kedudukan kedua atau ketiga dalam kalangan gabungan Kerajaan Perpaduan Barisan Nasional (BN)-PH.

“Kita ingatkan hubungan BN dan PH ini perkahwinan sementara untuk tempoh ini sahaja tetapi nampaknya akan bekerjasama sehingga pilihan raya akan datang,” katanya.

Perkiraan Shahidan, DAP mempunyai 40 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR0 ada 31 kerusi dan UMNO sendiri ada 30 kerusi.

“UMNO jadi nombor tiga,” katanya kepada media selepas Ceramah Perdana PN DUN Labu, Negeri Sembilan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan janjinya bahawa BN akan terus bersama dengan PH, begitu juga Gabungan Parti Sarawak(GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Menurut Zahid, seramai 148 Ahli Parlimen daripada semua parti itu akan terus setia menyokong kepimpinan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, Shahidan berkata, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, kini bukan hanya dilihat sebagai beban kepada UMNO malahan kepada PH juga.

Shahidan malahan mendakwa, seluruh dunia kini mengutuk Anwar kerana timbalannya itu adalah individu yang terlibat dengan kes rasuah. – SM

BACA Shahidan Kassim jolok sarang tebuan: Anwar Ibrahim tepuk meja di Dewan Rakyat

BACA Shahidan Kassim isi kerusi kosong Parlimen Arau

(Visited 156 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button