Parlimen

Pembangkang gagal lagi, belanjawan kementerian Azmin diluluskan

USAHA ahli Parlimen Pembangkang untuk tidak meluluskan belanjawan kementerian yang diterajui Datuk Azmin Ali menemui kegagalan.

Dalam undi belah bahagi yang diusulkan ahli Pembangkang itu, keputusan memihak kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri apabila seramai 110 ahli Parlimen bersetuju.

Seramai 104 ahli Parlimen tidak bersetuju untuk meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi kementerian tersebut.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang mengumumkan keputusan itu berkata, seramai enam ahli Parlimen tidak hadir untuk mengundi.

Jika semalam Azhar mengumumkan bentara akan mengiringi Ketua-Ketua Pemerhitung bagi memastikan kiraan dibuat dengan telus, hari ini Azhar meminta wakil ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan untuk berada disebelah ketua pemerhitung ketika undi dijalankan.

Pintu Dewan Rakyat juga dikunci selepas Azhar berkata, ‘undian dijalankan sekarang’ bagi memastikan ahli Parlimen yang lewat tidak dapat masuk ketika pengundian dilakukan.

MITI menerima peruntukan belanjawan RM1.206 bilion bagi tahun 2021 dengan RM582.34 juta diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus dan RM623.89 juta bagi perbelanjaan pembangunan.-SM

 

 

(Visited 734 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button