NasionalPolitik

Sekali Presiden UMNO buat tumbukan TKO daa…

SEMALAM laut politik negara bergelora. Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, beliau mendapat majoriti daripada Ahli-ahli Parlimen untuk dirinya menjadi Perdana Menteri ke-9 yang tidak terkecuali, dikhabarkan juga beberapa Ahli Parlimen UMNO turut terlibat memberi sokongan.

Ada yang tidak ambil pot atau peduli sangat tentang apa yang dinyatakan oleh Anwar Ibrahim (AI) tetapi ramai yang lebih tertarik dengan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, semalam. Kenyataan Ahmad Zahid dibawa sehingga ke hari ini dan dijadikan satu renungan tajam oleh pemerhati di luar sana termasuk rakyat marhaen.

Kupasan yang tersirat berdasarkan kenyataan Zahid Hamidi semalam, dikatakan bukan sahaja menarik tetapi strategik.

Nampak bijak jika diteliti secara halus dalam menukar haluan layar politik negara.

Satu tindakan untuk mengingatkan kepada semua pihak terutamanya bagi kem Perikatan Nasional (PN) iaitu “jangan main-main dengan UMNO”. Umpama pepatah Bahasa Inggeris yang berbunyi, “Once bitten twice shy.”

Mana-mana ahli politik mesti tahu salah satu rukun politik “no permanent friend and enemy”. Itu realitinya.

Dahulu, UMNO boleh terima Pas kemudian PPBM dan tidak nampak salah untuk terima AI-PKR demi survival parti dan memberi pakej politik yg menarik dan kondusif.

Kita jangan lupa dalam kem AI, ada kekosongan tempat kerana tiada parti Melayu atau Bumiputra yang UMNO boleh isi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Kenyataan Presiden parti menunjukkan UMNO is the real kingmaker politik negara.

Secara zahir parti UMNO tidak sokong AI; tetapi tidak kepada Ahli Parlimen UMNO. Dua disiplin yang amat berbeza tetapi senjata politik yang digunakan untuk tujuan yang sama. Kill or to be killed. Cuma kita nak tahu di sini, siapakah ayam-ayam sabung UMNO yang dilepaskan oleh Presiden.

Mungkin ramai ahli UMNO tersentap dengan kenyataan Zahid Hamidi semalam tetapi mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Percaya ada sebab musabab Zahid bertindak sedemikian. Siapa pernah dengar kata-kata ini,  politik itu “jangan lupa diri dan jangan lupakan diri”.

Sekarang tibalah masanya jangan lupakan diri. Bertindak dalam bijak dan penuh dengan seni politik. Wallauhalam. – SM

(Visited 152 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button