Hiburan

KDN haramkan tayangan filem Mentega Terbang

FILEM Mentega Terbang arahan Khairi Anwar  terbitan Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment berdurasi satu jam 44 minit tidak pernah ditayangkan di mana-mana pawagam di seluruh negara.

Bahkan filem itu juga tidak masuk ASTRO FIRST sebaliknya Mentega Terbang menggunakan platform penstriman Viu ditayangkan pada 27 Februari, tahun ini.

Dari awal lagi, filem itu bukan sahaja mencetuskan polemik atau kontroversi tetapi membakar umat Islam di Malaysia yang merasakan filem itu adalah satu penghinaan terhadap agama Islam.

Paling busuk ada enam adegan yang bermasalah dan jelas melakukan penghinaan terhadap Islam dan walaupun pengarahnya menafikan filem arahannya itu menjurus ke arah menghina agama Islam, di manakah akal dia sebagai seorang lelaki Islam apabila adanya babak yang memperlihatkan watak utamanya bernama Aisyah makan babi dan babak si bapa membenarkan anaknya menjadi murtad!

Untuk tidak nampak ketara dan mahu mengaburi mata masyarakat Islam, Aisyah dikatakan mengkaji agama dan mengkaji agama bukan justifikasi untuk melakukan benda haram apatah lagi, makan babi!

Tidak mengapa kalau barisan pelakon filem Mentega Terbang ini tidak duduk dalam kategori pelakon A Class. Sebab apa barisan pelakon Mentega Terbang ini bukan pelakon A Class? Sebabnya ialah siapa kenal Syumaila Salihin, Firdaus Karim, Nik Waheeda, Arjun Thanaraju, Khairunazwan Rodzy, Shyamala Kandapper dan Jesebel Lee?

Adakah mereka pelakon layar lebar yang namanya dikenali satu Malaysia seperti ERRA FAZIRA, AWIE, ZIANA ZAIN (penyanyi jadi pelakon), JAMAL ABDILLAH, NASHA AZIZ (model menjadi pelakon) ROSYAM NOR, SHAHEIZY SAM, FARID KAMIL, AARON AZIZ (orang Singapura, sekadar menyebut beberapa nama yang pastinya kaki wayang tahu dan kenal).

Menundang masalah dan kontroversi sungguhlah filem Mentega Terbang ini apabila dipaparkan juga, mereka percaya pada konsep reincarnation iaitu kelahiran semula. Apa mesej yang yang hendak disampaikan sebenarnya?

Maka itulah, jangan bising atau memekak apabila pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat keputusan untuk mengharamkan tayangan dan publisiti filem Mentega Terbang. Jangan nak kata, TIADA KEBEBASAN BERKARYA!

Perintah itu dibuat menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 2662 Akta Penapisan Filem 2002 Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023 bertarikh 21 Ogos 2023 dan ditandatangani oleh Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Hasil penelitian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap kandungan filem itu juga mendapati terdapat pertentangan jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

Ini sepatutnya dijadikan pengajaran dan para produser filem termasuk pengarah serta barisan pelakon harus mengambil iktibar jika mahu terlibat dalam pembikinan filem yang mengutarakan konflik keagamaan, kajian teologi agama-agama utama lain terutamanya persoalan hidup selepas mati.

Silap percaturan, filem seperti itu boleh memesongkan akidah umat Islam dan menimbulkan rasa ketidak harmonian dalam rakyat di negara kita.

Negara kita tidak pernah membenarkan perkahwinan sivil, misalnya. Jadi, mengapa pengkarya seni dan filem mahu menimbulkan polemik dan suasana tidak tenang dengan menghasilkan filem seperti Mentega Terbang?

Mengapa diberikan contoh perkahwinan sivil? Kerana anak-anak yang lahir daripada pasangan itu bebas untuk memilih apakah anutan agama mereka. Janganlah menjadi faktor tambahan DUNIA AKHIR ZAMAN! Belajarlah daripada produser filem, pengarah, penulis skrip bahkan pelakon-pelakon senior jika mahu menghasilkan sebuah filem yang menyentuh tentang agama Islam khususnya, akidah umat Islam amnya.

Filem kita mencerminkan wajah kita. Jangan lupa itu dan anak-anak seni yang sudah lama mendambakan diri dalam bidang seni juga marah apabila PELAKON-PELAKON ONE OFF ini tabur pasir dalam periuk nasi orang seni, anak seni, orang filem. – SM

BACA Malbatt Misi Bakara bongkar penipuan sejarah filem Hollywood

BACA Ahirine Ahirudin pegang watak Ana dalam filem Tebus

(Visited 87 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button