MahkamahNasional

Siti Bainun mohon rayuan penjara 12 tahun: Hisyam Teh Poh Teik ketua

PEGUAM kanan Hisyam Teh Poh Teik akan mengetuai rayuan Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terhadap sabitannya oleh Mahkamah Sesyen bagi kes penderaan kanak-kanak kelainan upaya (OKU) yang dikenali sebagai Bella.

Pelantikan Hisyam dimaklumkan kepada Hakim Ahmad Bache oleh peguam Aminahtul Mardiah Nor pada pengurusan kes pagi tadi.

Hakim menetapkan 18 Mei ini untuk mendengar permohonan ikat jamin Siti Bainun sementara menunggu rayuan itu diselesaikan.

Ini selepas Aminahtul memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan memfailkan sijil kesegeraan bagi mempercepatkan pendengaran ikat jamin.

Peguam lain yang mewakili Siti Bainun dalam rayuan itu ialah Farhan Maaruf dan Ahmad Faiz Munawar.

Siti Bainun memfailkan rayuannya selepas Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi mendapatinya bersalah atas kesalahan mengabaikan dan mendera seorang remaja dikenali sebagai Bella. Dia dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun.

Mahkamah Sesyen juga menafikan ikat jamin sementara menunggu rayuan dan memerintahkan dia menjalani hukuman serta-merta.

Dalam afidavitnya memohon jaminan, Siti Bainun berkata, dia mengalami masalah kesihatan termasuk asma.

Beliau juga berkata, rayuannya akan dibatalkan jika mahkamah enggan membenarkannya diikat jamin.

Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas memaklumkan mahkamah bahawa pihak pendakwaan memerlukan masa untuk menjawab permohonan itu.

Mahkamah memberi tempoh 10 hari kepada pihak pendakwaan untuk berbuat demikian. – SUMBER FMT – SM

BACA Kes dera adik Bella: Tiada peguam sudi bela tertuduh, Siti Bainun

BACA PAUTAN Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun didapati bersalah dera Bella

 

(Visited 267 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button