Ekonomi

Ringgit didagang rendah

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan permintaan yang lebih baik untuk dolar AS apabila hasil Perbendaharaan AS meningkat.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.1795/1825 berbanding dolar AS daripada 4.1715/1740 pada penutup Isnin.

Menurut laporan berita, kenaikan hasil AS adalah petunjuk bahawa dolar AS mungkin melanjutkan ralinya dari tahun lepas, kerana pasaran menjangka Rizab Persekutuan AS memulakan kitaran kenaikan kadar faedah tahun ini.

Bagaimanapun, kerugian ringgit dihadkan oleh sokongan harga minyak yang lebih kukuh.

Minyak mentah Brent didagangkan 0.38% lebih tinggi pada AS$79.38 setong pada masa penulisan.

Pada nota lain, Moody’s Analytics menyatakan dalam laporan Pratonton Ekonomi Asia Pasifiknya untuk minggu 3-7 Jan, bahawa prospek sektor eksport Malaysia berkemungkinan positif pada 2022, dengan perdagangan bersedia untuk membawa negara kembali kepada pertumbuhan pra-pandemik dalam pertengahan tahun.

Bagaimanapun, ia berkata varian Omicron dan cuaca ekstrem mungkin menimbulkan risiko kepada rantaian bekalan.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Nota tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0879/0904 daripada penutup Isnin pada 3.0917/0929 tetapi susut sedikit berbanding yen Jepun kepada 3.6230/6259 daripada 3.6220/6245.

Ia menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.6331/6376 daripada 5.6414/6431 pada Isnin dan mengukuh berbanding euro kepada 4.7255/7282 daripada 4.7363/7396. – SM

(Visited 197 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button