Acara

Segulai Sejalai di Rumah Terbuka Gawai KKR: Lambang Perpaduan Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Jun 2025 – Suasana penuh kemeriahan dan kebersamaan menyelubungi Rumah Terbuka Gawai anjuran Kementerian Kerja Raya (KKR) yang berlangsung dengan penyertaan barisan kepimpinan tertinggi kementerian, warga kerja serta para tetamu daripada pelbagai kaum dan latar belakang.

Acara ini diadakan bagi meraikan Hari Gawai, perayaan masyarakat Dayak di Sarawak, sambil menyemarakkan nilai perpaduan dan semangat Segulai Sejalai – bersama seiring sejalan – dalam kalangan rakyat Malaysia.

Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan yang memukau serta hidangan tradisional Gawai seperti mee kolok, nasi umai hitam manis, laksa Sarawak, kek lapis dan kuih celorot, mencerminkan kekayaan budaya dan kepelbagaian etnik di Malaysia.

Penganjuran rumah terbuka ini bukan sekadar meraikan kepelbagaian, malah menjadi wadah memupuk persefahaman antara kaum selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

“Semangat harmoni dan keterangkuman yang ditonjolkan dalam sambutan seperti ini harus terus dipelihara dan dijulang. Ia menjadi lambang kekuatan kita sebagai sebuah negara berbilang bangsa dan budaya,” ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir pada majlis berkenaan.

Kementerian Kerja Raya komited untuk terus mendukung usaha membina masyarakat inklusif melalui program-program yang merapatkan hubungan antara rakyat dan kerajaan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button