Politik

Visi Dr. Masliha jelas dalam usaha menang Ketua Puteri UMNO

CALON Ketua Puteri UMNO Malaysia, Dr. Masliha Harun sedang giat berkempen dan yakin mendapat sokongan puteri-puteri UMNO seluruh Malaysia untuk memegang kepimpinan puteri UMNO Malaysia bagi penggal 2023-2026.

Selepas saya menjelajah dan bertemu dengan sebahagian besar kepimpinan puteri diseluruh bahagian dan negeri, alhamdulillah nampak respons sangat positif terutama daripada anak-anak muda, puteri baru , adik-adik belia dan mahasiswa serta dari para perwakilan.

Beliau ketika ditemui dalam lawatan kerja di Sabah.Menurut beliau lagi, Pelan REVU yang ditawarkan oleh beliau akan menarik lebih ramai anak muda dan dalam mendepani arus politik yg sangat dinamik dan mencabar ini Dr Masliha berkata kita perlu terus bergerak ke hadapan dengan apa cara sekali pun demi untuk parti, agama dan bangsa.

Pertamanya, saya juga bersyukur kerana mendapat sokongan Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarikh Khan dan juga Ketua Puteri Negeri,  Norbhaiti Sabar yang turut membantu beliau dalam siri jelajah kempen tersebut.

Keduanya, alhamdulillah di bahagian Lembah Pantai pun tiada pertandingan di mana Noryana Najib Razak telah menang sebagai Ketua Puteri UMNO Lembah Pantai yang baru.

Jadi, mudah buat saya untuk terus bergerak bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan di negeri lain bagi mendapatkan sokongan dan menyatakan hasrat untuk bertanding.

Dr Masliha adalah Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan juga Ketua Puteri UMNO Lembah Pantai bagi penggal 2018-2023 dan merupakan seorang Dr. Perubatan yang mempunyai 3 klinik di sekitar Lembah Klang dan Selangor.

Artikel berkaitan > Mahdzir Khalid umum pertahan jawatan Naib Presiden UMNO

(Visited 358 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button