Nasional

Dasar ilmu perlu dikupas secara mendalam untuk bangunkan tamadun – Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan dasar ilmu perlu dikupas secara mendalam untuk bangunkan tamadun.

Hal ini demikian kerana melalui kekuatan ilmu, rakyat boleh mengurangkan kesenjangan antara gagasan dan penghayatan amalan.

“Kita juga yakin sebagaimana yang kita jadikan teras dan tunggak sejak dahulu bahawa menjalankan usaha dakwah secara bil hikmah harus lalui pengisian ilmu yang mendalam,” katanya.

Baca Juga > Kerajaan sumbang RM1.5 juta untuk Tabung Pendidikan dan Baik Pulih KDH

Anwar berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Iftar Amal serta Pelancaran Tabung Pendidikan dan Baik Pulih Kolej Dar al-Hikmah (KDH), Sungai Ramal, Kajang.

Di samping itu dalam ucapannya, Anwar juga menekankan kepentingan tradisi ilmu dan akliah berdasarkan keyakinan dan akidah.

(Visited 45 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button