Mahkamah

Pelacur Vietnam didenda RM2,700

Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini mengenakan hukuman denda RM2,700 terhadap seorang wanita Vietnam yang melakukan kegiatan pelacuran minggu lalu.

Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Le Ngo Thi Cam Van,33, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didapati mencari langganan bagi maksud persundalan di sebuah hotel di Jalan KLJ 5, Kota Laksamana Jaya, di sini, pada 14 November lalu, kira-kira jam 7.20 malam.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara selama setahun, atau denda, atau dengan kedua-dua, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, bertindak atas maklumat kegiatan pelacuran, polis daripada Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat), Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah membuat serbuah di sebuah bilik di hotel itu dan menahan tertuduh bersama seorang lelaki disyaki pelanggan.

Polis turut merampas barang kes disyaki digunakan untuk menjalankan kegiatan pelacuran itu dengan pakej RM220 sekali perkhidmatan seks.

Terdahulu pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri memohon hukuman setimpal dikenakan kepada tertuduh.

Peguam Nabil Ashraff Ridzuan merayu hukuman denda paling minimun dengan alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan gaji RM1,500 sebulan.

Katanya, tertuduh penangung tunggal keluarga di Vietnam yang mana ibu bapanya menghidap penyakit jantung dan kencing manis manakala dua adik lelaki adalah orang kurang upaya mental.

Mahkamah kemudian mengarahkan tertuduh membayar denda RM2,700 dan jika gagal akan dipenjara tiga bulan. Tertuduh membayar denda itu. – SM

(Visited 38 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button