Rencah HidupUncategorized

Peniaga terpaksa berputih mata apabila penganjur membatalkan karnival Raya saat akhir

Di akhir Ramadan kini timbul pula isu penganjur membatalkan karnival jualan Aidilfitri saat akhir yang sepatutnya berlangsung di WTCKL yang bermula semalam.

Rata-rata ramai peniaga yang sudah menempah gerai jualan raya di karnival itu meluahkan rasa kecewa kerana ada di antara mereka yang datang dari luar Kl dan Selangor.

Karnival raya di WTCKL dibatalkan
Karnival raya di WTCKL dibatalkan

Lebih menyedihkan ada di antara mereka sudah mengeluarkan wang untuk barangan jualan sebanyak RM100 ribu.

Bagi menyelesaikan kemelut ini terus berlaku, Ketua Pengarah Eksekutif Tenview (M) Sdn Bhd, penganjur karnival itu, Datuk Muhammad Aliff Hakim berjumpa dengan peniaga bagi menjelaskan pembatalan.

Muhammad Aliff berkata pembatalan itu dibuat kerana bayaran untuk lokasi peniaga di Hall WTCKL tidak dapat dilunaskan.

Dalam masa yang sama turut memberi pilihan kepada para peniaga, sama ada mengembalikan wang semula atau menunggu tarikh untuk acara berikutnya.

“Peniaga mempunyai pilihan untuk mendapatkan bayaran balik atau menunggu tarikh acara berikutnya yang akan diumumkan nanti.

“Penganjur juga akan membuat pertemuan bersama semua peniaga untuk urusan bayaran balik jam 2 petang ini di WTCKL,” katanya.

Karnival jualan itu sepatutnya diadakan mulai hari ini hingga Jumaat selama 72 jam tanpa henti.

Turut menampilkan artis antaranya Jaafar Onn, Ayie Floor88, Amer Forteen, Elyana, Aidil Azizi dan ramai lagi. – SM

(Visited 376 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button