Rencah Hidup

Sebulan tiada kerja, pemuda jalan kaki dari KL pulang ke Kelantan

SEORANG pemuda tekad untuk berjalan kaki dari Kuala Lumpur ke Kelantan selepas terputus rezeki di ibu negara sejak sebulan lalu.

Isteri pemuda tersebut yang menggunakan akaun Facebook Sara Anisa memaklumkan, suaminya nekad untuk pulang ke kampung dengan berjalan kaki kerana sudah sebulan tidak mempunyai pekerjaan.

“Suami aku wat kijo gilo. Jalan kaki balik kampung. Loni on the way ke Gerik. Gilo palo mikir. Duduk KL pun tokey hambak doh, sebulan doh xkijo kan.

“Tokey pun hambak la dari rumoh hok dio duduk tu, duit pun tak dok nok wat makan. Jadi keputusan dio, jalan kaki nok balik dumoh,” tulis Sara Anisa di Facebook beliau.

Sara Anisa turut berkongsi Facebook suaminya yang menggunakan akaun bernama Matnoe Poksu Din.

Menurut Matnoe, dia mengambil keputusan berjalan kaki untuk pulang ke kampung bukan kerana tiada duit namun disebabkan ketiadaan perkhidmatan bas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Insya-Allah duit untuk ambo makan masih cukup. Tak perlukan bantuan kewangan sebab xdok xleh nok beli tiket,” jelas Matnoe.

Matnoe memberitahu, beberapa individu ada menelefonya bagi menghulurkan bantuan kewangan. Namun beliau menolak kerana masih mempunyai wang yang mencukupi untuk perbelanjaan diri.

Semakan di Facebooknya mendapati Matnoe memulakan perjalanannya dengan berjalan kaki secara solo pada tengah hari semalam.

“Empat hari lagi sapa. Marilah sapo-sapo nak join. Kito pakat jalan kaki ghamaghama,” tulis Matnoe ketika mahu memulakan perjalannya lebih 500 kilometer itu.

Kira-kira sejam tadi beliau telah berada di sekitar Ipoh, Perak. Dari situ beliau merancang berjalan kaki sehingga Gerik dan kemudian ke Jeli, Kelantan.

“Dari RTC Gopeng ke Terminal Amanjaya. Dua roadblock, dua-dua lepas. Jalan kaki seolah-olah halimunan. Tidak ada yang perasaan.

“Tahan peronda pun tak berhenti. Tahan lori tak berhenti. Tak larat. Nak teruskan ke Gerik lepas tu ke Jeli,” tulis Matnoe di Facebooknya.

Sepanjang perjalanan selain lapar, dahaga dan letih beliau juga berhadapan cabaran dengan hujan yang tidak menentu yang memaksanya berteduh sebentar sebelum menyambung perjalanan. Selain itu Matnor turut berkongsi gambar tapak kasutnya yang koyak ketika tiba di Plaza Tol Perak.

Dalam siaran langsung terkininya di Facebook, Matnor berkata dia hampir pitam dan terpaksa berehat sebentar dan membeli air dan makanan. Katanya, sudah dua hari dia tidak menjamah nasi.

“Baru boleh makan nasi hari ini. Segar sikit. Lepas ni saya akan berjalan kaki hingga ke Gerik. Tak tahulah nak jalan ke mana ni. Tengah buat live ni tak boleh tengok Map. Segar sikit. Mata pun dah nampak molek. Tadi gelap gelemat nak rebah. Betulah jalan ini.

“Yang mana PM (private message) nak minta nombor akaun bank tu, saya ada lagi duit nak buat makan sehari dua ini. Tak payah la risau.

“Bukan saya nak cakap saya orang kaya dan tak nak duit, tapi tak tergamak musim-musim ini ambil duit orang. Sampai juga nanti, esok atau lusa. Insya-Allah ada hamba Allah akan tolong,” kata Matnoe.-SM

(Visited 435 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button