Nasional

Sebelum Tengku Zafrul, PM dikatakan letak jawatan

SEBELUM tersebar berita palsu Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz letak jawatan ada berita di media sosial yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ada yang pandai-pandai ciap kononnya Ismail Sabri meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Berita yang sengaja memanaskan situasi yang bukan-bukan sahaja menjadi bebenang ciapan pengguna Twitter, REFORMIST.

Bebenang ciapan itu dibuat petang semalam dengan tulisan seperti berikut: “Salam takziah Pak Mael. Perdana Menteri paling sekejap dalam sejarah Malaysia mengalahkan Mahiaddin Yassin. Kesian jadi pak sanggup je. KAHKAHKAH

Kalau apa yang diciap itu dianggap satu lawak jenaka, ia memangnya tidak lucu sama sekali. – SM


(Visited 170 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button