Nasional

Sebelum Aidilfitri masa paling tepat keluar i-Citra

PM Ismail Sabri kata ok, Menteri Kewangan kata tak ok

PENGELUARAN khas kali terakhir i-Citra bagi ahli yang mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seelok-eloknya dilaksanakan selepas dividen 2021.

Lebih afdal lagi, pengeluaran khas kali terakhir i-Citra itu dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri yang jatuh sekitar Mei nanti.

Bossku, Datuk Seri Najib Razak melontarkan pandangan dan pendapat beliau menerusi akuan Facebooknya.

Dalam hantarannya, Najib menyatakan bahawa beliau berpendapat masa yang tepat bagi pengeluaran khas itu adalah sebelum Hari Raya Aidilfitri.

“Pada pendapat saya, masa yang paling tepat bagi kerajaan membenarkan pengeluaran khas kali terakhir i-Citra bagi ahli yang terjejas ialah selepas dividen 2021 KWSP dibayar kepada pencarum tidak lama lagi dan sebelum Hari Raya,” catat beliau di Facebook.

Najib mengulas sokongan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari terhadap pengeluaran i-Citra RM10,000 bagi pencarum yang terjejas.

Fadhli dalam kenyataan semalam mendedahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu melaksanakan pengeluaran berkenaan namun Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz enggan merealisasikannya.

Mengulas lanjut, Najib berkata, sokongan yang dinyatakan secara terbuka oleh Ketua Pemuda PAS itu dijangka mendapat sokongan menteri PN dan menjadikan permintaan rakyat dalam isu pengeluaran khas i-Citra ini sebagai suatu realiti.

“Dengan sokongan yang diumum Ketua Pemuda PN/PAS semalam, saya lebih optimis bahawa menteri-menteri PN akan akhirnya tidak lagi membantah tetapi akan menyokong permintaan pengeluaran khas ini dan ia akan menjadi realiti.

“Harap Ketua Pemuda PN/PAS seorang ini akan berusaha untuk memujuk Presiden Bersatu dan PAS serta menteri-menteri PN untuk memberi sokongan,” kata bekas perdana menteri. – SM

 

(Visited 252 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button